February 2018

T A Z K I R A H  R I N G K A S :

N I A T 



 Niat? Apa itu niat?

Dari segi bahasa, niat boleh diertikan sebagai keinginan atau 

tujuan. Keinginan itu adalah keinginan dalam hati untuk melakukan 

sesuatu tindakan atau perbuatan.

 Pentingnya Niat Walaupun Sesaat 
Niat adalah salah satu perkara cabang dalam agama. Niat yang baik perlulah dipupuk dalam hati agar perbuatan yang dibuat tidak menjadi sia-sia.
Apa gunanya, banyak beribadah tetapi niatnya tersasar dan tersalah. Sungguh rugi sekali. Begitu jugalah, niat yang baik tetapi perbuatannya pula yang tersalah. Ia tetap salah.
Peliharalah niat kita. Jangan sampai ia mengundang murka dari yang Maha Esa. Berniatlah semata-mata untuk mendapat keredaan-Nya. Semoga dengan keredaan-Nya, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amin.

Sumber: Tazkirah.Net 

Tazkirah Ringkas 2.0

Posted on

Tuesday, 27 February 2018

Category

T A Z K I R A H  R I N G K A S :

 S E D E K A H 




SEDEKAH. Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal.

Banyak kelebihan yang boleh kita perolehi daripada amalan bersedekah ini. Antaranya :

 Bertambah rezeki dan mendapat keberkatan.
 Memberi ketenangan hati dan kebahagiaan.
  Melahirkan rasa syukur.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkan amalan bersedekah kerana dengan bersedekah akan mendapat ganjaran pahala yang besar. 

Rugi tau kalau tak amal. Hah satu lagi! Jangan lupa senyum kerana senyum juga merupakan satu sedekah :)

Sumber : Harakahdaily

Tazkirah Ringkas 1.0

Posted on

Tuesday, 13 February 2018

Category